Pages

Sunday, 24 June 2012

AL QURAN DAN HADIS BERKAITAN EMAS DAN PERAK


"Akan Tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas dan Perak" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)  
Majoriti pendapat mengatakan ianya hadis dhoif, yang mana taraf hadis dhoif ini kita boleh gunakan untuk amalan sendiri, dan jika nak sebarkan perlu diberitahu taraf hadis ini dahulu.


Dari 'Uthman bin Affan r.a, Rasulullah saw. bersabda, "(Boleh menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum halus dengan gandum halus, gandum kasar dengan gandum kasar, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, sama-sama ukurannya dan kontan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan, maka ia memakan riba. Sama saja baik yang menerima maupun memberi," (HR Muslim [1584]).


Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. Surah : AL-KAHFI. Ayat 31


Al Quran dan Emas
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari PERAK dan EMAS. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

No comments:

Post a Comment