Kata pakar ekonomi pula,
“Setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu.”
Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai
sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga
lain kepala lain pemikirannya. Maka antara 30 kelebihan melabur di dalam
emas adalah:
1) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
3) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
4) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
5) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu harga naik.
6) Aset simpanan apabila keadaan di mana sistem ekonomi jatuh.
7) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1
dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960-an dapat membeli
seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai
kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan
contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang
meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11
Januari 2008)
8) Pelaburan yang selamat, jika jumlah simpanan adalah besar, pelabur
boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa
yang berpatutan.
9) Aset yang boleh diwariskan tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
10) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
12) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna yang takkan hilang selamanya.
13) Senang untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dan bentuk.
14) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.
16) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli untuk mengelak dari kekangan matawang dollar.
17) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam (jika cukup syarat).
19) Membantu kewangan negara. Membeli emas di dalam negeri dapat
membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli
barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
20) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita,
tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan
memerlukan.
21) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda
tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk
menentukan masa atau bila untuk dijual.
23) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrap.
24) Hutang Amerika Syarikat yang berjumlah trilion dollar boleh tumbang
pada bila-bila masa sahaja dan bakal menyebabkan recession di seluruh
dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
25) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya
mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan
tutup. Mesin ATM? Erm..
26) Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
27) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
28) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
29) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
30) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh dicipta.
Last sekali (tambahan), emas sebagai HANTARAN KAHWIN!! MANA ADA ORANG
KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.
Maka kahwinlah cepat… :)
No comments:
Post a Comment