ETHTRADE BITCOIN

ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing. Ebook Network Marketing, IMPIAN ANDA MENJADI REALITI http://goo.gl/Q4lAIS

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook
Motivasi Modal Insan Juara http://goo.gl/Q4lAIS



Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM. Ebook
Teknik Ulangkaji Fokus Pintar A+ http://goo.gl/Q4lAIS



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. Ebook
Taman Inspirasi Juara


Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik
http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=iiQMjZSY9DO5Wql4ivKjCQ%3D%3D
website syarikat www.mykad.aj.my

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

TEXT DAN GAMBAR AKTIFKAN MYKAD


Assalamualaikum, salam sejahtera
Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik

http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=iiQMjZSY9DO5Wql4ivKjCQ%3D%3D
website syarikat www.mykad.aj.my

PENGAKTIFAN MYKAD



Assalamualaikum dan salam sejahtera
BAGAIMANA HARI HARI DAPAT DISKAUN BELI BARANG
Aktifkan/Daftar nombor mykad dlm sistem MSSP adalah PERCUMA;



Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik
http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=131021047319
website syarikat www.mykad.aj.my

Faedahnya;
1.Dpt diskaun bila membeli di kedai yg telah sertai MSSP.
2.Dapat nilai mata RM1=1Mata, boleh tebus barang, tiada expired date.
3.Tiada yuran tahunan
4.Tiada tarikh luput
5.Tiada bawa kad lain, hanya nombor mykad.



BERBELANJA HARGA DISKAUN GUNA MYKAD

Senarai kedai dapat DISKAUN guna MYKAD  

BUGATTI VEYRON WHITE


MERC SLK AMG 1


MERC SLK AMG GREY


BUGATTI VEYRON DARK BLUE


FERRARI 458 MERAH


BMW MERAH SALOON


BUGATTI VEYRON BLACK

BMW PUTIH SALOON


SPORT MERAH TEPI PANTAI


MERC SLK AMG 1


page mykadsmartshopper

Monday, 25 June 2012

1 GRAM GCP





Murah untuk dimiliki
Mudah untuk disimpan
Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun


Harga emas sentiasa meningkat seperti jadual ini


alangkah beruntungnya menyimpan emas
mulakan simpanan emas segera

DINAR GCP








INFO SIMPANAN EMAS DAN PERAK 2

 
Asas simpanan emas: yang perlu anda tahu (dari Pn Nor Fazilah)

Ramai orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara.Mereka akan tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan macam-macam lagi.

Saya cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan saya yang secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung tahun 2008.

1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google sedia membantu.
-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah carigold.com.Di sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain sehingga saya melangkah satu demi satu hingga ke tahap ini.Alhamdulillah.
-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi lebih faham tentang emas.


2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan  pelbagai maklumat lagi yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan web ini untuk membuat perbandingan.


3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses menjadikan ia barang kemas.

harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.

Apakah spread?
1.       SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:

2.       SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY

3.      Peratusan  SPREAD = (Jumlah  SPREAD / Harga WE BUY) x 100


Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer  jika anda ingin menjual kembali.

Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah  spread tinggi  atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.
ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada  pilihan dinar  999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).

Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada  harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan.

4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)

5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu  yang sudah berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu Soalan Lazim/FAQ di web ini.

6.Perkaitan emas dan wang kertas
Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas ciptaan mereka.

Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.

Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang  akan dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel  ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.

SIAPA PERLU BUAT SIMPANAN EMAS



Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :

1.Individu yang mempunyai kerja tetap
Tak ada masa nak buat bisnes lain.Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap.Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda

2. Individu yang Anti MLM
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda  pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan.So tak perlu nak cerita  panjang-panjang.Kadang-kadang  kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM.Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.
Tapi emas?Tak perlu ..kerana semua orang sudah tahu emas berharga..apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar,serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6.Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal
Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7.Pelajar atau  anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.
Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram,hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas.
Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

8.Individu yang masih bujang.
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9.Individu yang minat emas.
Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang.Ini sebenarnya tabiat yang baik,tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga,simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10.Individu yang ada perancangan meniaga
Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.

Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas,tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan :)
Pendek kata..sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram.Siapa yang ada modal besar..bonus bagi anda.
Namun yang manakah lebih baik..modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?
Fikir-fikirkanlah..
 
Beli emas sebenarnya tak perlu modal,cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.

KENAPA MEMILIH GOLDCREST PAVILION GCP



Kenapa memilih GCP ?

1-Modal kecil
Ramai yang mampu bermula dengan modal serendah RM1k ini untuk mendapatkan harga borong yang murah untuk pengedar

2-Servis mantap dan bersistem
Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.

3-Syarikat bumiputra Islam
Jika kita boleh membeli produk non-muslim dan support mereka,why not support company muslim?Company muslim membayar zakat,untuk apa?Untuk meningkatkan ekonomi orang Islam juga.Asalkan emas,apa2 jenama pun boleh tetapi lebih afdhal kita menyokong syarikat orang Islam terlebih dahulu.

4-Harga pengedar yang murah
Pengedar boleh dikatakan mendapat harga borong dan murah.Produk GCP tiada upah tukang.

5-Kos penghantaran percuma kepada pengedar dan pelanggan
Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik.

6-  Menyediakan bantuan modal
Tertakluk kepada terma dan syarat

7-Perkhimatan selepas jualan

8-Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa
GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.

9-Insentif pengedar dan insentif bulanan
Pengedar mendapat insentif dealer get dealer,insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

10-Seminar percuma
GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar.

11-Personal coaching percuma secara online dan offline
Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12-Bantuan pemasaran di media massa seperti akhbar dan majalah
GCP semakin dikenali kebelakangan ini kerana sering masuk akhbar,dan ramai pengedar yang dapat masuk akhbar secara percuma.Jika inginkan ruang yang lebih,anda cuma perlu keluarkan modal yang minimum dan hasilnya anda juga akan semakin dikenali.  :)

13- Jaminan beli balik
GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar,tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Banyak yang telah saya senaraikan,tapi tidak semuanya anda akan nampak sekarang,ada kelebihan-kelebihan yang hanya dapat dirasai selepas menjadi pengedar.Ia ibarat melalui fasa satu demi satu.Pengalaman melalui praktis amat sukar dicari dan tidak boleh dijual beli-university of life .

Kejayaan juga tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih.Sebaik anda mengambil langkah menjadi pengedar,anda telah pun berjaya.Definisi kejayaan adalah apa yang anda lakukan sekarang,bukan apa yang anda ada.Berkongsilah info tentang simpanan emas ini dengan niat untuk memberi kesedaran kepada  masyarakat,mulakan yang terdekat dengan anda,insyaAllah rezeki akan datang kemudian.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar

Sunday, 24 June 2012

AL QURAN DAN HADIS BERKAITAN EMAS DAN PERAK


"Akan Tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas dan Perak" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)  
Majoriti pendapat mengatakan ianya hadis dhoif, yang mana taraf hadis dhoif ini kita boleh gunakan untuk amalan sendiri, dan jika nak sebarkan perlu diberitahu taraf hadis ini dahulu.


Dari 'Uthman bin Affan r.a, Rasulullah saw. bersabda, "(Boleh menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum halus dengan gandum halus, gandum kasar dengan gandum kasar, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, sama-sama ukurannya dan kontan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan, maka ia memakan riba. Sama saja baik yang menerima maupun memberi," (HR Muslim [1584]).


Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. Surah : AL-KAHFI. Ayat 31


Al Quran dan Emas
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari PERAK dan EMAS. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Saturday, 23 June 2012

INFO SIMPANAN EMAS DAN PERAK 1

Simpanan Emas & Perak

SIMPANAN EMAS DAN PERAK
MENJAMIN KEWANGAN ANDA



Pengenalan
-Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri

-Selepas kejatuhan ekonomi,baru ramai yang sedar di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada benda yang  tidak tergugat iaitu emas

-Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak,ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas

Mengapa Emas mahal?
-Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana 2 sebab utama,iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan.Emas memiliki kedua-dua ciri ini.

-Permintaan melebihi penawaran

-Suasana politik,bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak-mampu member kesan kepada harga emas

-Faktor utama ialah kenaikan kadar inflasi.Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang.Kesan inflasi dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang.Kesan inflasi menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.

Wang fiat
Wang digunakan sebagai medium pertukaran.
Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat.Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka,tetapi tidak ada nilai intrinsik.Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda.Nilai muka pula bermaksdu nilai yang tertera pada wang kertas itu.

Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja.
Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system Fractional reserved banking.Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga
Tambatlah nilai menggunakan emas kerana nilainya tidak jatuh.




APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6.Mudah untuk menukarkan kepada duit

7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”

SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS?
1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.


6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.



Keistimewaan  perak ( silver)
1.Bekalan global perak hanya boleh didapati 30 ribu juta di mana 1/5 daripada bekalan emas dunia

2.Permintaan industri dan permintaan utk pelaburan menyebabkan bekalan berkurangan

3. Harganya meningkat lebih pantas dari logam berharga yang lain

4. Perak meningkat 280% dlm msa 8 tahun

5. Pulangan pelaburan yang tinggi

6.Risiko yg minimum kerana perak adalah aset yg berharga dan tidak akan menjadi sesuatu yg tdk bernilai

7.Berharga untuk selama-lamanya

8.Pelindung kekayaan

9.Kalis inflasi


Kenapa kita perlu membeli emas atau perak?
1.  Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik.
Emas dan perak tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja. Tahukan anda berapa kos mencetak duit kertas RM50 dll? 30 sen? 20sen?
Bank-bank pusat senantiasa menganggap emas sebagai duit tetapi masih ramai pelabur masakini menganggap emas hanyalah komoditi biasa. Pada akhir tahun 2009, emas sekali lagi menjadi matawang setelah bank-bank pusat dunia termasuk bank pusat China, India dan Russia menjadi pembeli emas setelah hampir 20 tahun. Dan dipercayai bahawa bank-bank pusat tersebut sedang bersiap sedia untuk mengembalikan sistem matawang yang bersandarkan emas (Gold standard).

2.  Harga emas dan perak masih murah.
Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.
Boleh dikatakan hanya 1.5% daripada jumlah aset seluruh dunia disimpan dalam bentuk emas. Dengan hanya 1.5% daripada jumlah aset harga emas sudah pun USD1474,bayangkan sekiranya jumlah tersebut meningkat ke 10% atau 20%?

3.  Emas dan perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.

4.  Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.
Gambarajah di atas menunjukkan semakin rendah index dollar semakin tinggi harga emas.

5.  Dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.

Kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.



Kaitan dollar Amerika dengan matawang ringgit.
Banyak yang tidak mengetahui kaitan antara dollar dengan RM. Perkaitannya amat mudah sekali kerana matawang ringgit merupakan matawang yang dipanggil basket currency yang mana RM di back up dengan USD, Euro, renmimbi dll. Sekiranya dollar jatuh, secara tidak langsung nilai matawang ringgit juga akan jatuh.


Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Amero?
Sudah tentu tidak bukan. Amero merupakan matawang kesatuan amerika utara yang terdiri daripada US, Canada dan Mexico. Tujuan matawang tersebut ialah untuk memudahkan urusan ekonomi antara ketiga-tiga negara. Buat masa sekarang Amerika mungkin tidak menunjukkan minat kepada matawang tersebut akan tetapi apabila index dollar jatuh menjunam sudah pastinya amerika akan menggunakan matawang Amero.

Matawang Amero ini dicetak oleh Federal Reserve dan percetakannya adalah dikatakan berpunca daripada penyingkiran USD sebagai matawang simpanan dan urusan jual beli antarabangsa yang mana akan menjadi lebih teruk tidak lama lagi disebabkan oleh percetakan dollar tanpa di back up dengan emas.
Persoalan yang timbul sekarang ialah bilakah kita akan melihat Amero sebagai matawang rasmi Amerika dan Amerika Utara? Tahun ini 2012, ataupun tahun hadapan??!



Kenapa harga emas akan terus meningkat?

a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.
Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.

Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang  terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.
Gambarajah di atas menunjukkan hutang US dari tahun 1939 sehingga tahun 2015. Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.

b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.

c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.

d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.

e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.

f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.

g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.
Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih  mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyimpan di dalam emas dan perak ialah :
  1. Margin yang rendah.
  2. Jual dan beli semula.
  3. Kualiti komoditi. Preferably 999.9
  4. Syarikat yang besar dan kukuh.
  5. Mudah didapati.
  6. Khidmat menyimpan.
Terdapat pelbagai syarikat atau institusi yang menawarkan pelaburan emas dan perak ini. Antara institusi-institusi tersebut ialah:

1.Bank Negara Malaysia   –Kijang Emas

2.Maybank Bhd   –Kijang Emas

3.Public  Gold Marketing Sdn Bhd   – Public Gold bar,Public Dinar,Public Jewellery, i-series

4.Gold Crest Pavillion (GCP) – Gold bar,Brg Kemas 999,Dinar 999

5.Kelantan Gold Trade Sdn Bhd – Dinar Kelantan (KGT)

6.UOB Bank -Canadian Gold Maple Leaf,Swiss Kinebar,etc

7.Kuwait Finance House -Gold Accout –i

8.Habib Jewel – Pamp Suisse Gold Bar

9. Poh Kong  -Bunga Raya Gold Bar

10.GSR  - emas dan silver coin/bar

11.Tomei -gold bar klcc

12. Alliance gold -alliance gold bar

13.Sinar Gold -barang kemas

14.Amsyik Gold - dinar,brg kemas,dirham

15.Sri Ayu -dinar,bar,barang kemas


 













Jenis –jenis emas
1.Barang kemas  2. Bar   3.syiling emas  4.dinar    5.Nugget emas


Gred emas
24k  – 999      23k-950      22k – 916               18k-750           
14k -583             10k -417               9k -375

Harga barang kemas di Malaysia boleh disemak di web :fgjam (susut nilai =25%).Rujuk sini :http://www.fgjam.org.my/


Perancangan Sebelum Menyimpan
1.Membuat Analisis dasar dan teknikal
i. Analisis dasar (analisis fundamental) dan Analisis Teknikal
-analisis Penawaran dan permintaan
-trend pergerakan harga,pengaruh ekonomi dan pasaran,trend pasaran emas,pegangan emas oleh sesebuah Negara,bank2 pusat dan sebagainya,boleh rujuk World Gold Council (WGC) mengenai trend yang disebut yang dikeluarkan oleh WGC dalam laporan bertajuk Gold Investment Digest – www.gold.org
 ii.Harga pasaran semasa dan sejarahnya. Boleh rujuk di www.kitco.com
iii.Senario Global
iv.Keadaan ekonomi dan kewangan

2.Menetapkan Matlamat

3.Membuat perancangan simpanan emas yang munasabah

4.Menyediakan rekod catatan

5.Menyusun strategi

6.Berdisiplin


Empat Jenis Pembeli :
1.Membeli semasa harga emas tinggi

2.Membeli semasa harga emas rendah

3.Membeli kerana orang lain beli

4.Membeli kerana ada ilmu tentang emas

Misi kami di Jutawangold.com
1.Menyampaikan info tentang emas agar masyarakat sedar kepentingan menyimpannya

2.Mengikis kekaratan fikiran bahawa menyimpan wang kertas lebih baik,sebaliknya kami ingin masyarakat celik emas

3.Memperkenalkan dinar dan dirham

4.Seterusnya melaksanakan penggunaan dinar dan dirham untuk muamalat (jual beli)
Dinar dan dirham adalah matawang Islam yang digunakan untuk tujuan muamalat.Untuk lebih info anda boleh mengikuti group @ facebook : Dinar Dinihari dan group Dinar dan Dirham.Ada banyak doc yang boleh membantu anda memahami tentang DnD.


Siapa saya ?
Zaiful Zakaria 013+3293028
Kod dealer GCP : ad3658
Email :cikguzaiful@gmail.com
Blog : http://motivasimodalinsanjuaracikguzaiful.blogspot.com/
Facebook : Zaiful Zakaria
Group @ Fb : Gold Investor Club Trading (Jual dan beli emas)

PENGENALAN GOLD CREST PAVILLION

PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya.Diitubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas. 

GCP juga menyediakan perkhidmatan membeli sebarang bentuk emas seperti emas 999,950,916,835.750 dan 535,merangkumi sebarang jenis emas terpakai,lusuh atau rosak.

Pada tahun 2011,GCP telah merasmikan pembukaan pejabat baru di Bandar Baru Nilai yang telah menjadi Ibu Pejabat syarikat yang menempatkan bahagian operasi dan pengurusan syarikat.
GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas,skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yang menyalahi akta AMLAA, AMLATFA, BAFIA dan SC. 

GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu  Shamsul anuar b. Md Ali berasal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor & Norliza bt Ngatiman berasal dari Desa Temu Jodoh Segamat yang merupakan bekas guru dan telah berkhidmat selama 11 tahun dlm bidang perguruan. 
Bersandarkan pengalaman dan kepakaran mendidik modal insan serta kajian yg dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan utk bergiat secara sepenuh masa dalam industri emas dgn memberi peluang kepada Bumiputra khasnya utk menceburi bidang perniagaan emas. 

Bagi membantu usahawan-usahawan emas di bawah naungan GCP, bantuan modal diberikan khusus kepada pengedar-pengedar yang aktif. Kini GCP merupakan platform terunggul yang telah melahirkan ramai usahawan dan jutawan emas.

PRODUK UTAMA 
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 dan 916 sebagai produk utama. 
Selain itu GCP telah mengeluarkan Gold bar 999 dan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. 
GCP juga merupakan pembekal sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland. 
Produk GCP yang terkini ialah Silver Bar 10g,20g,50g dan 100g.


VISI 
Simpanan emas menjamin masa depan 

MISI
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. 
Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. 
Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas. 

 SYARAT PENGEDAR  SAH GCP 
1)Satu salinan kad pengenalan 

2)Dua keping gambar ukuran passport 

3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini. 

4)Yuran Keahlian/Pendaf taran PROMOSI: RM1,000 seumur hidup anda akan mendapat keistimewaan/faedah sbg pengedar, bisness kad dan i’d tag. Boleh diposkan atau email,bagi tujuan mendapatkan id tag.


KEISTIMEWAAN / FAEDAH MENJADI PENGEDAR 
1)Membeli emas 999 dengan harga MURAH iaitu diskaun sehingga 8% daripada harga pelanggan di web GCP & spread jual semula kpd GCP serendah 5%. 

2)MODAL disediakan dalam bentuk stok emas. 

3)MODAL wang tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual. 

4)MODAL wang tunai disediakan untuk membeli emas terpakai. 

5)Perkhidmatan penghantaran PERCUMA. 

6)Perkhidmatan selepas jualan 

7)Insentif Pengedar (ganjaran wang tunai kpd pengedar) 

8)Bantuan pemasaran di akhbar & majalah 

9) Seminar PERCUMA utk pengedar & prospek 

10) Personal Coaching dgn pemilik GCP secara PERCUMA. 

CARA MENDAFTAR 
1) Buka website http://gcp.com.my/

2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I’d introducer
Zaiful Bin Zakaria
Kod dealer :_________

3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.

4) Bank in RM1k ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran sales@gcp.com.my  atau sms ke 013-3180447,taipkan nama penuh dan time bank in.
Pendaftaran dan tempahan emas (jika ada) akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.

Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.
Untuk memudahkan urusan pendaftaran,anda boleh sms nama penuh dan time bank in anda kepada saya untuk saya follow up.

Tiada syarat belian wajib..
Tiada target sales..
Tiada tamat tempoh keahlian..

Sekiranya anda membuat tempahan:
Sebelum emas dihantar (jika ada buat tempahan), Pihak GCP akan menghubungi pengedar utk memaklumkan bayaran tambahan harga emas yang perlu dibayar.(mengikut harga emas pengedar semasa).

Sekiranya tidak dapat email bukti pembayaran,boleh fax atau mms.Sebarang kesulitan boleh rujuk dengan saya,hubungi 013 3293028 atau add sy di fb
-Zaiful Zakaria

PENGALAMAN SYARIKAT
Lembaga Pengarah dan pengurusan Goldcrest Pavilion Sdn Bhd mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang jual beli emas.Syarikat menjanjikan urusniaga yang telus dalam setiap urusan jual beli.Kepuasan pelanggan adalah merupakan keutamaan syarikat.

Pihak syarikat juga telah mengadakan banyak seminar di seluruh negara yang bertujuan  untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menyimpan emas.Ini adalah selari dengan visi syarikat iaitu “Simpanan Emas Menjamin Masa Depan”.

Untuk memudahkan urusan jual beli di pihak ahli mahupun syarikat,pihak GCP telah melancarkan laman web khas di mana ahli  boleh membuat tempahan secara atas talian.Medium ini ternyata berkesan menjimakan masa dan tenaga ahli -ahli GCP.
Kemampuan GCP dalam industri emas sudah terbukti berdasarkan bilangan ahli yang berdaftar menjangkau 2000 orang dalam masa 2 tahun.


MATLAMAT SYARIKAT
  • Mensasarkan jumlah pengedar sah seramai 1000 orang dalam setahun.
  • Sasaran jualan melebihi RM10 000 000 dalam sebulan.
  • Mempelbagaikan produk jualan
  • Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan telus kepada ahli -ahli GCP dari segi penyediaan dan penghantaran produk.
  • Memberikan servis khidmat pelanggan yang efisyen.
  • Mendidik masyarakat tentang kepentingan simpanan emas.
Untuk mencapai matlamat ini GCP melancarkan beberapa strategi yang berkesan antaranya ialah memperbanyak lagi seminar tentang kepentingan simpanan emas dalam masyarakat,meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke masa dan mempelbagaikan lagi medium dalam mempromosikan produk syarikat seperti pengiklanan majalah,surat khabar,televisyen dan radio.

PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. 

Usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya telah tercapai dan akan terus melahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan emas Muslim.
Kaya dan berjaya kerana Allah untuk dunia dan akhirat. Amiinnnn....