Asas simpanan emas: yang perlu anda tahu (dari Pn Nor Fazilah)
Ramai orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan
tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara.Mereka akan
tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan
macam-macam lagi.
Saya cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan
saya yang secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak
penghujung tahun 2008.
1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit
kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google
sedia membantu.
-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah
kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang
membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca
komen/pendapat dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah
carigold.com.Di sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain
sehingga saya melangkah satu demi satu hingga ke tahap
ini.Alhamdulillah.
-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh
menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda
menjadi lebih faham tentang emas.
2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui
serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan pelbagai maklumat lagi
yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda
boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’
yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda
boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan
web ini untuk membuat perbandingan.
3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak
kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya
betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan
emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas
yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan
masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia
memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan
bagi proses menjadikan ia barang kemas.
harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.
Apakah spread?
1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:
2. SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
3. Peratusan SPREAD = (Jumlah SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah spread tinggi atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread
tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian
diskaun oleh dealer.
ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan
ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang
kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada
pilihan dinar 999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai
leher GCP).
Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka
kenaikan ketara pada harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang
lebih,maka emas 999 dicadangkan.
4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA
(Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain
tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka
ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)
5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang
emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk
tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda
juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu yang sudah
berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu
Soalan Lazim/FAQ di web ini.
6.Perkaitan emas dan wang kertas
Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda
emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan
wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak
lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya
hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang
menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang
sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas
ciptaan mereka.
Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi
menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas
semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke
pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang
sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.
Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang
tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka
masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal
kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang akan
dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.
No comments:
Post a Comment