ETHTRADE BITCOIN

ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing. Ebook Network Marketing, IMPIAN ANDA MENJADI REALITI http://goo.gl/Q4lAIS

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook
Motivasi Modal Insan Juara http://goo.gl/Q4lAIS



Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM. Ebook
Teknik Ulangkaji Fokus Pintar A+ http://goo.gl/Q4lAIS



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. Ebook
Taman Inspirasi Juara


Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik
http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=iiQMjZSY9DO5Wql4ivKjCQ%3D%3D
website syarikat www.mykad.aj.my

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

TEXT DAN GAMBAR AKTIFKAN MYKAD


Assalamualaikum, salam sejahtera
Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik

http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=iiQMjZSY9DO5Wql4ivKjCQ%3D%3D
website syarikat www.mykad.aj.my

PENGAKTIFAN MYKAD



Assalamualaikum dan salam sejahtera
BAGAIMANA HARI HARI DAPAT DISKAUN BELI BARANG
Aktifkan/Daftar nombor mykad dlm sistem MSSP adalah PERCUMA;



Dapat diskaun berbelanja guna mykad anda, pengaktifan FREE, klik
http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=131021047319
website syarikat www.mykad.aj.my

Faedahnya;
1.Dpt diskaun bila membeli di kedai yg telah sertai MSSP.
2.Dapat nilai mata RM1=1Mata, boleh tebus barang, tiada expired date.
3.Tiada yuran tahunan
4.Tiada tarikh luput
5.Tiada bawa kad lain, hanya nombor mykad.



BERBELANJA HARGA DISKAUN GUNA MYKAD

Senarai kedai dapat DISKAUN guna MYKAD  

BUGATTI VEYRON WHITE


MERC SLK AMG 1


MERC SLK AMG GREY


BUGATTI VEYRON DARK BLUE


FERRARI 458 MERAH


BMW MERAH SALOON


BUGATTI VEYRON BLACK

BMW PUTIH SALOON


SPORT MERAH TEPI PANTAI


MERC SLK AMG 1


page mykadsmartshopper

Saturday, 19 April 2014

TEKNIK KEUNTUNGAN BERNIAGA EMAS

Beberapa tips bagi menjana keuntungan melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca . Teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memahami bagaimana keuntungan dapat dijana melalui pelaburan emas. Semua ini diperolehi dari rujukan-rujukan dari beberapa praktik sifu pelabur emas di Malaysia. Selamat membaca! 

TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & jual apabila harga naik. 
Apa yang perlu dilakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik asas yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Cuma tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan, dengan merujuk kepada harga pasaran semasa.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Diingatkan kepada para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana (6 ke 12 bulan) & panjang (12 bulan ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!



TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.4.00
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.2.00
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR). Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah: 
(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6,478.44. Jadi, keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 22.67%. 

Oleh itu mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum.


Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 x 15 = 27,348.00 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.40
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.20
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

Kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.

Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong=RM21,847.54


Oleh itu keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 40.38%.

TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada UNTUNG atau TIDAK seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.


Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.


Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Di bawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.


KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10,000.00 untuk tempoh 5 tahun maka ansuran perlu dibayar sebanyak RM227.00 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00. Jika RM10,000.00 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


Apabila pinjaman sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2,351.00.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18,808.00 (RM2351 x 8)



Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4,505.00 seunit. Jadi RM4,505.00 x 8 keping = RM36,040.00



Keuntungan bersih anda ialah RM22,420.00 dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas (diingatkan Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja).
Sekarang akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur-pelabur emas bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik Ar-Rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.

Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step di bawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar-Rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar-Rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi beberapa kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000.00 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik di atas, kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!! 

Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!! 

Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!

No comments:

Post a Comment